Aziz Bari Disoal Siasat Di Bawah Akta Hasutan

September 30, 2014 by Suara Kebenaran

Category: politik

PETALING JAYA : Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari akan disoal siasat oleh pihak polis, menjadikannya mangsa terbaru pendakwaaan besar-besaran di bawah Akta Hasutan yang sebelum ini menyaksikan beberapa ahli politik dari parti pembangkang dan aktivis disiasat.

Lebih 100 laporan polis dibuat terhadap pensyarah undang-undang itu di seluruh negara kerana dikatakan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di dalam beberapa artikel yang disiarkan di sebuah portal berita.

Aziz Bari telah diberitahu oleh seorang pegawai polis bahawa beliau akan disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Seksyen tersebut merangkumi mana-mana individu yang “melakukan atau cuba untuk melakukan, atau bersiap untuk melakukan, atau merancang untuk melakukan apa-apa tindakan yang mungkin, atau jika dilakukan akan berbaur hasutan”.

Menurut pegawai terbabit, “beliau belum ditahan, walaubagaimanapun beliau akan datang untuk sesi soal siasat esok (Rabu).”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245919Total visitors:
  • Skip to toolbar