Azmin jangan jadikan musuh Orang Lain Sebagai Musuh

September 30, 2014 by Suara Kebenaran

Category: politik

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diingatkan agar jangan menjadikan musuh orang lain sebagai musuhnya.

Ini kerana beliau mempunyai peluang yang amat baik untuk mendapat sokongan dari semua pihak jika berdisiplin dan tidak terburu-buru untuk berdendam kerana kuasa politik.

Demikian tulis Aspan Alias menerusi blognya semalam.

Baginya, Azmin mempunyai peluang dan kemudahan untuk menjadi seorang pemimpin yang ‘magnanimous’.

Tambahnya, jika peluang itu tidak diambil kesempatan, maka apabila sampai masanya nanti kita sendiri akan melihat apa yang akan terjadi kepadanya.

Menurutnya, yang penting Azmin perlu mengambil sikap sebagai bapa kepada semua dengan bertindak ‘tampal segala yang koyak dan sambung segala yang putus’.

“Akhirnya nanti semua yang berpecah akan bertaut dan itulah sebersih-bersih nama bagi Azmin tinggalkan dalam sejarah politik beliau,” tulisnya lagi.

Untuk itu, katanya Azmin perlu menyatukan semua pihak, yang terpenting sekali ialah untuk mentautkan tiga tonggak utama dalam mentadbir sesebuah negeri yang berdaulat, iaitu institusi Raja, institusi legislatif serta eksekutif.

Bermaaf-maafan dengan pemimpin negeri yang lalu adalah sifat terpuji dan mereka yang tidak arif tentang ketuhanan seperti saya ini pun mengakui yang itu adalah tuntutan yang hak.- HARAKAHDAILY 30/9/2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243454Total visitors:
  • Skip to toolbar