Banjir Di Kajang Berpunca Dari Penduduknya, Bukan Wan Azizah

September 30, 2014 by Suara Kebenaran

Category: editor

Kejadian banjir yang berlaku di Kajang semalam memang tidak dijangka dan mana-mana kerajaan negeri pun sehabis boleh nak mengelak dari ditimpa musibah tersebut.  Dalam hal ini, kerajaan Selangor tidak terkecuali.

Bagaimanapun perlu diakui, banjir kilat seumpama ini memang begitu sukar nak dielakkan kerana ia masuk kategori bencana alam. Seperti mana banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berlaku saban tahun sejak zaman berzaman setiap kali musim tengkujuh

Kerajaan mana pun ambil alih, kejadian itu akan tetap berlaku.

Samalah macam di Kajang, apatah lagi yang memburukkan keadaan ini ialah penduduk Kajang sendiri yang gemar membuang sampah merata-rata sehingga longkang tersumbat dan menyebabkan banjir.  Kerajaan negeri amnya dan ADUN di kawasan tersebut, Datuk Seri Wan Azizah Ismail sendiri begitu terhad peranannya untuk memastikan kejadian banjir kilat ini tidak berlaku.

Kerajaan negeri boleh mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPK) membersihkan longkang di kawasan itu satu jam sehari pun kalau mahu, tapi apakah gunanya kalau penduduk Kajang berterusan membuang sampah ke dalam longkang sehingga aliran air tersekat?

Jadi, inilah masalah sebenarnya, penduduk Kajang itu sendiri.  Tak kena mengena langsung dengan kerajaan negeri mahupun Wan Azizah.

Betul, menyelesaikan masalah banjir ini termaktub dalam manifesto semasa pilihanraya Kajang Mac lepas, tapi seperti yang disebutkan, kejayaan manifesto itu bergantung sepenuhnya kepada kerjasama penduduk dan faktor-faktor lain seperti keadaan cuaca dan sebagainya.

Lagipun Mahkamah telah memutuskan dalam kes saman rakyat Selangor terhadap pentadbiran bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukan janji yang wajib untuk dilaksanakan.  Kita hanya boleh merancang, ada faktor-faktor lain yang menentukan.

Penduduk Kajang perlu hidup dengan hakikat ini bahawa masalah banjir kilat di daerah itu adalah berpunca dari mereka sendiri dan Wan Azizah  mahupun kerajaan negeri Selangor mempunyai pilihan yang amat terhad untuk mengatasi masalah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245919Total visitors:
  • Skip to toolbar