Kes 2 Adun: Tindakan Lanjut Akan Diputus PAS Pusat

September 30, 2014 by Suara Kebenaran

Category: politik

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada menyerahkan kepada Lembaga Disiplin atau tidak berhubung dua Adun PAS Selangor hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS DatukMustafa Ali berkata, perkara itu akan dibincangkan pada Mesyuarat PAS Pusat akan datang.

“Saya akan buat laporan kepada jawatankuasa PAS Pusat.

“PAS Pusat akan tentukan tindakan selanjutnya,” katanya kepada Harakahdaily

Semalam beliau mengadakan pertemuan berasingan dengan dua Adun terbabit iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), di Pejabat Agung PAS.

Kedua-dua mereka dipanggil Setiausaha Agung PAS berhubung tindakan mereka dalam isu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.

Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurut Mustafa, kedua-dua mereka diminta hadir semalam bagi menjelaskan tindakan yang telah dibuat mereka sebelum ini.

Hasil pertemuan itu kata Mustafa, akan dibawa ke dalam Mesyuarat PAS Pusat sebelum menentukan bentuk tindakan selanjutnya.

“Kedua-dua mereka memberi kerjasama yang baik dan semua perkara yang kita nak tahu telah dijelaskan.

“Kami akan sediakan laporan untuk dibawa kepada Mesyuarat PAS Pusat akan datang,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 30/9/2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar