PR Hilang Selangor Jika Azmin Gagal

September 30, 2014 by Suara Kebenaran

Category: politik

SHAH ALAM – PR akan kehilangan Selangor jika Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali gagal mentadbir negeri ini seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menurut penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain.

Jelasnya, jika Azmin gagal meneruskan gaya pentadbiran cemerlang Abdul Khalid, peluang BN untuk merampas semula negeri ini amat cerah.

“Rakyat kini bergantung harap kepada pentadbiran Azmin. Kita tidak boleh lagi menilai sama ada dia sama cemerlang seperti Abdul Khalid atau tidak, barisan Exco baru pun kita tidak boleh nilai lagi. Tetapi teorinya mudah saja, jika gagal mentadbir, PR akan hilang Selangor.

“Jika rakyat sudah hilang percaya kepada PR dan Azmin gagal tadbir dengan baik, peluang cerah untuk BN rampas Selangor,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar