Saari: Saya Tetap Ahli Pas Hingga Akhir Hayat

September 30, 2014 by Suara Kebenaran

Category: politik

KUALA LUMPUR – Adun Pas Hulu Kelang , Saari Sungib memilih untuk kekal bersama Pas walau apa jua tindakan tatatertib yang dikenakan ke atasnya.

Bercakap kepada Sinar Harian Online hari ini, beliau menegaskan akan kekal setia bersama parti tersebut sehingga ke akhir hayatnya.

“Saya masih ahli Pas… Saya ahli Pas sampai akhir hayat saya,” katanya.

Beliau ditemui selepas pertemuan bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut ketika diasak pelbagai pertanyaan berhubung pertemuannya dengan Datuk Mustafa.

Saari adalah seorang Adun Pas yang dipanggil bermesyuarat hari ini bagi mendapatkan penjelasan terhadap sokongannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai ganti calon Menteri Besar Selangor baharu menggantikan bekas penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Seorang lagi Adun Pas, Hasnul Baharuddin turut dipanggil bermesyuarat pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245919Total visitors:
  • Skip to toolbar