Anwar Adakan Solat Hajat Di Kediaman

October 31, 2014 by Suara Kebenaran

Category: politik

PUTRAJAYA – Majlis solat Maghrib dan solat hajat secara berjemaah diadakan di kediaman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut, malam ini.

Menurut Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Baharudin, majlis tersebut diadakan bagi memohon doa kepada ALLAH SWT.

“Dijemput rakan-rakan dan penyokong semua untuk hadir, InsyaALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan penyokong Anwar yang setia berhimpun bagi memberi sokongan terhadap pemimpin itu sejak pagi.

Beliau dalam pada itu turut memberikan sokongan dan galakan kepada penyokong untuk terus berada di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman demi memberi sokongan kepada Anwar pada hari perbicaraan akan datang.

“Perlawanan masih diteruskan.. belum berakhir lagi. Kalau 16 tahun mereka duga kita, saya ingat kalau setakat beberapa hari ini, (kita) boleh lagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar