Haram Hukumnya Ahli PKR Solat Di Masjid Sultan Mizan

October 31, 2014 by Suara Kebenaran

Category: editor

Tindakan sebahagian ahli-ahli PKR bersembahyang Jumaat di Masjid Besi Putrajaya (lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Mizan) sebentar tadi adalah satu tindakan yang menyalahi peraturan parti.

Jadual 1, perkara nombor 7 Peraturan Tatatertib & Disiplin Parti dengan jelas menghalang mana-mana ahli PKR menggunakan apa-apa kemudahan yang disediakan kerajaan Persekutuan (melainkan terpaksa), termasuk dalam senarai ini ialah Masjid Besi di Putrajaya.

Kegagalan mematuhi peraturan tersebut, boleh menyebabkan sesiapa yang terlibat dihadapkan ke jawatankuasa displin parti dan menghadapi kemungkinan untuk dipecat dari parti.

Asas kepada peraturan ini bukannya susah sangat nak difahami. Putrajaya adalah idea Mahathir, musuh nombor satu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Segala pembinaan di dalam itu adalah idea dan pemikiran bekas Perdana Menteri tersebut dan tidak harus diikitraf oleh penyokong PKR.

‘Menggunakan kemudahan’ yang dinyatakan dalam peraturan tersebut adalah sama maksud dengan ‘mengiktiraf’.

Selain itu, Masjid itu juga kita percaya dibina dengan duit rasuah, sesuai dengan BN sebagai sebuah kerajaan rasuah. Punca wang untuk pembinaan masjid tersebut juga diragui kebersihannya kerana sudah jadi amalan kerajaan BN tidak mengasingkan punca cukai hasil judi dan arak dengan punca pendapatan kerajaan yang lain

Lebih malang lagi, kejadian ini nampak sangat di sengajakan kerana di sekitar Putrajaya adalah Selangor, negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Selangor ada banyak masjid yang boleh digunakan untuk bersembahyang, kenapa mesti nak bersembahyang juga di Masjid Besi itu?

Kalau terdesak sekalipun, jangan gunakan baju sama yang digunakan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar kerana tindakan seperti itu boleh dianggap cuba mendekatkan PKR dengan Islam – satu perbuatan terkutuk kerana boleh menjauhkan undi dari masyarakat cina.

Jawatankuasa displin parti yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Tan Kee Kwong akan memanggil semua ahli yang terlibat dan telah dikenal pasti oleh pasukan pemantau jawatankuasa itu yang bertugas hari ini.

Mereka yang terlibat akan diberikan masa dan ruang yang cukup untuk memberi penjelasan kenapa tindakan berat tidak boleh diambil ke atas mereka kerana bersembahyang di Masjid Besi Putrajaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276267Total visitors:
  • Skip to toolbar