Pas Sokong Pendaftaran Pengundi Automatik

October 31, 2014 by Suara Kebenaran

Category: politik

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas menyokong penuh saranan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, seterusnya memudahkan pendaftaran baharu terutama dalam kalangan anak muda.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Mohd Sani Hamzah berkata, ia bagi menggantikan sistem pendaftaran sekarang yang dilihat mempunyai pelbagai masalah.

Menurutnya, Pemuda Pas berdiri teguh dengan cadangan itu kerana perlaksanaan sistem itu akan menunjukkan SPR tidak memaksa rakyat mengundi kerana hak mengundi masih terletak di tangan pengundi.

“SPR juga tidak perlu lagi menggubal undang-undang mewajibkan setiap individu keluar mengundi kerana suruhanjaya itu hanya perlu melayakkan rakyat mendaftar sebagai pengundi secara automatik.

“Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan perbelanjaan negara dalam proses pendaftaran pengundi kerana ia berlaku secara terus dan kemungkinan peratusan keluar mengundi akan meningkat,” katanya dalam satu memorandum sebelum diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen, semalam.

Pemuda Pas juga katanya, mencadangkan agar SPR mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyalurkan senarai warganegara yang sudah berumur 21 tahun sebagai salah satu kaedah perlaksanaan pendaftaran itu.

“Pemuda Pas melihat proses itu lebih mudah dilaksanakan dan dapat mengelak daripada manipulasi data oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sebelum ini, Shahidan pernah berkata, kerajaan masih mengkaji cadangan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun.

Menurutnya, antara perkara yang perlu dipertimbang ialah Perkara 119 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan adanya daftar pemilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar