Solat Hajat Adalah Jampi Terakhir Untuk Menang Kes Liwat

October 31, 2014 by Suara Kebenaran

Category: editor

Hari ini, malam ini akan diadakan upacara sembahyang hajat di rumah Datuk Seri Anwar ibrahim. Jangan salah faham, diadakan solat hajat ini bukanlah bermaksud Anwar mahu mengislamisasikan PKR dan Pakatan Rakyat tapi lebih kepada ritual seakan jampi untuk menang kes liwat di Mahkamah Persekutuan yang dijangka tamat minggu depan.

Jampi, bukan Islamisasi.

Anwar tidak pernah sesekali memungkiri janjinya untuk mengislamisasikan Pakatan Rakyat kerana formula itu sudah terbukti tidak berjaya mendatangkan kemenangan dalam pilihanraya. Cukuplah PAS, itupun kerana Islamisasi itu penting untuk mengekalkan kuasa parti itu di Kelantan dan menambah kerusi di Terengganu serta mengintai peluang kembali berkuasa di Kedah.

Lain perkataan, Islamisasi hanya sesuai dipraktikkan di negeri-negeri majoriti Islam sahaja.

Dengan penjelasan ini, harapannya semua penyokong Pakatan Rakyat, terutama yang tidak beragama Islam, tidak terpengaruh dengan pembohongan UMNO kononnya Anwar cuba mengislamisasikan Pakatan Rakyat dengan ritual-ritual tertentu berkaitan dengan agama tersebut.

Lagipun, agama adalah hal peribadi dan jika Anwar mahu mengamalkan ritual-ritual tertentu mengikut amalan agamanya untuk memastikan kemenangan di Mahkamah Persekutuan minggu depan, itu adalah hak peribadinya dan kita semua tidak harus masuk campur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar