UMNO Tak Boleh Cakap Pasal Melayu, Mesti Perkauman

November 29, 2014 by Suara Kebenaran

Category: editor

Kalau aku kira dengan jari, rasanya semua jari yang ada ni dah habis guna untuk mengira berapa banyak laporan polis yang boleh dibuat lanjutan dari kenyataan-kenyataan berunsurkan perkauaman yang terbit dari perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC sekarang.

Dari kenyataan Mashitah Ibrahim yang mendakwa ada kaum-kaum tertentu di Kedah membakar Al-Quran sehingga kepada ucapan-ucapan oleh Ketua Puteri, Pemuda dan Wanita serta Naib-Naib Presiden mereka, semuanya ada asas untuk dibuat laporan polis.

Ucapan Ketua Puteri yang sebahagian besarnya memetik ucapan yang pernah dibuat bekas Presiden parti itu dekad 60-an dulu pun, ada unsur perkauman juga.

Jadi nampaknya disini memang Najib selaku Presiden UMNO tidak boleh mengawal pemimpin mereka dari bercakap tentang Melayu tanpa mengaitkan kaum lain.

Melayu nak terbalik ke terbengkok, kita tidak peduli, tapi janganlah kata orang cina DAP ini sebagai Chauvanis, janganlah kata orang cina DAP ini sebagai pengkhianat dan sebagainya, tapi cakap Pemuda UMNO macam beruk (perwakilan dari Kedah), itu digalakkan, buatlah selalu.

Elok juga Akta Hasutan ini tidak dihapuskan sebab jelas disini pemimpin UMNO yang banyak membangkitkan soal-soal menghasut. Dalam masa yang sama kita bimbang tidak ada tindakan ke atas orang-orang ini kerana kepala KDN adalah juga Naib Presiden UMNO.

Dia sendiri pun buat ucapan yang ada unsur hasutan melampau, takkan polis nak tangkap boss mereka sendiri, itu mustahil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1299376Total visitors:
  • Skip to toolbar