Banjir Sebab Hujan, Bukan Sebab Anwar Ada Dalam Negara Atau Tidak!!

December 30, 2014 by Suara Kebenaran

Category: editor

10417439_10152794714100742_2825484334974175154_nUMNO tidak perlu dan tidak ada hak untuk mempersoalkan ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di negara ini ketika ratusan ribu rakyat sedang menghadapi bencana banjir.  Kata-kata sindiran kononnya rakyat hanya dipergunakan ketika Anwar susah, dan ditinggalkan ketika rakyat bermasalah, tidak perlu sama sekali.

Faktanya, banjir akan tetap berlaku, tak kisahlah Anwar berada dimana pun di dunia ini.

Sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat, Anwar perlu berehat setelah sepanjang tahun melayani kerenah rakyat dalam berhadapan cengkaman dari pentadbiran zalim BN.

Pada usia sekarang, rehat yang panjang adalah perlu kerana Anwar sudah menghabiskan banyak tenaga untuk menyelesaikan begitu banyak masalah dalam negara ini.  Antaranya, pertukaran Menteri Besar Selangor, PRK Kajang dan sebagainya.  Selain pemilihan PKR yang diselubungi banyak masalah akibat sabotaj oleh anasir UMNO.

Jadi rehat sangat penting untuk Anwar dan keluarganya.

Tidak ada bukti saintifik sama sekali yang mengatakan bencana banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang dan lain-lain negeri akan berkurangan kalau Anwar membatalkan cuti dan berada di dalam negara.  Banjir akan tetap berlaku kerana punca banjir ialah akibat hujan yang banyak, bukan sebab Anwar atau tidak.

Kalau Anwar bomoh hujan, boleh cakap, masalahnya bukan.  Takkan benda mudah macam ini pun aku nak kena jelaskan satu persatu, dah macam cakap dengan orang bodoh pulak.

Begitu juga dengan isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Ismail.  Beliau juga perlu berehat kerana tahun ini adalah begitu mencabar bagi dirinya.  Selain PRK Kajang dan krisis Menteri Besar Selangor yang perlu diselesaikan. Wan Azizah juga perlu berhadapan dengan kes penceraian anak sulungnya, Nurul Izzah.

Air banjir di Kajang pun sudah lama surut, apa perlu Wan Azizah berada di kawasan itu lagi walaupun beliau adalah wakil rakyat kawasan itu.

One response to “Banjir Sebab Hujan, Bukan Sebab Anwar Ada Dalam Negara Atau Tidak!!”

  1. bedah says:

    penjelasan yang sungguh tidak munasabah….mmg lah Anwar tak boleh buat apa2.semua org penat kerja setahun..doktor pun penat keja setahun tapi tak dapat amik cuti kalau ade pesakit..itu namanya pengorbanan…penjelasan yang tuan beri tidak dapat meyakinkan pembaca. cuba cari alasan yang lebih baik….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276080Total visitors:
  • Skip to toolbar