Pasma Tak Jemput Pas

December 30, 2014 by Suara Kebenaran

Category: politik

ALOR SETAR – Pimpinan Pas tidak lagi dijemput menyertai program dianjurkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sebaliknya hanya melibatkan pimpinan dari PKR serta DAP sahaja.

Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, mereka menghormati arahan Pas Pusat supaya pimpinan Pas di semua peringkat tidak melibatkan diri dengan aktiviti mereka bagi memelihara keutuhan parti seperti termaktub dalam surat pekeliling bertarikh 15 Disember lalu.

“Kita kesal kerana maklumat mengenai surat pekeliling itu hanya diketahui melalui pihak ketiga bukan dari Pas Pusat sendiri. Sepatutnya selepas mereka mencapai kata putus tentang isu ini, satu surat pemberitahuan secara rasmi perlu dihantar kepada kami.

“Sebelum ini kita memberi kerjasama baik terhadap Pas Pusat termasuk bersemuka dengan pimpinan tertinggi parti itu bagi menerangkan matlamat Pasma sebenar. Wakil pimpinan parti itu mengambil laporan namun setelah mereka bermesyuarat tiada sebarang respon yang kami terima,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sebelum ini, mesyuarat Pas Pusat membuat keputusan menasihatkan pimpinan Pas di semua peringkat tidak melibatkan diri dengan Pasma yang kini menjadi kumpulan pendesak dalam parti Islam itu.

Keputusan itu disampaikan kepada semua pimpinan Pas melalui satu pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Agung Pas dan ditandatangani Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar