10 Mati Lemas Di Kelantan Sejak 18 Dis

December 31, 2014 by Suara Kebenaran

Category: politik

KOTA BAHARU: Seramai 10 orang dilaporkan mati lemas akibat banjir di negeri ini sejak 18 Disember lepas hingga semalam, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman.

Beliau berkata dalam tempoh berkenaan juga terdapat dua orang termasuk seorang kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan di Kampung Kuala Sepertang masih hilang dihanyut arus banjir.

Daripada jumlah yang mati lemas itu, sebanyak tiga mangsa di Kota Baharu, tiga mangsa di Tumpat dan empat mangsa di Pasir Mas, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rosli berkata daripada jumlah yang terkorban itu, lapan daripadanya adalah orang dewasa manakala dua kanak-kanak.

Katanya seorang warga emas bersama isterinya di Kampung Karangan, Laloh, Kuala Krai yang dilaporkan hilang pada 24 Dis lepas, ditemui selamat di atas pokok di kampung itu sehari kemudian oleh penduduk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276083Total visitors:
  • Skip to toolbar