Kerajaan Kelantan Patut Bina Rumah Mangsa Banjir Bukan Kerajaan Pusat

December 31, 2014 by Suara Kebenaran

Category: editor

banjir_kbPengumuman Najib Tun Razak semalam yang kerajaan pusat akan membina rumah untuk mangsa banjir di Kelantan, kalau tak ditangani dengan betul, boleh menyebabkan Parlimen Kuala Krai dan 3 dari 4 DUN di dalam itu, akan terlepas ke tangan BN dalam PRU yang akan datang.

Silap-silap, bukan sahaja Kuala Krai, Kelantan itu sendiri berhadapan dengan kemungkinan untuk tumbang di tangan BN kalau tak jaga-jaga.

Untuk mengelakkan perkara tersebut dari berlaku, Pakatan Rakyat mahu kerajaan Kelantan mengambil inisiatif membina rumah berkenaan dari kerajaan pusat sebelum terlambat.

Rasanya tidak ada masalah kerana bukan mahal mana pun nak buat semua rumah tu,

Ini perlu dilakukan segera kerana kita tidak pasti dari mana kerajaan BN mendapat duit untuk membantu mangsa banjir, bukan sahaja di Kelantan,malah negeri-negeri lain seperti Pahang, Terengganu dan Perak.

Dalam bajet 2015 yang dibentangkan Oktober lepas, semua peruntukkan ini tidakada, jadi kerajaan BN korek dari mana duit?  Aku difahamkan, bukan murah nak mengendalikan operasi banjir kali ini. Di Subang, kapal terbang menghantar bekalan terbang hampir setiap jam ke Kelantan dan kawasan terjejas lain.

Bukan murah kerana kos perjalanan sehala mencecah RM 50,000!!  Tapi ia boleh dilakukan, sudah tentu ada peruntukan entah dari sumber mana oleh BN sehingga boleh bermewah-mewah macam ini.

Jadi kita bimbang, dalam soal nak bina rumah ini pun, BN tidak ada masalah, ada saja duit, entah mana datang.  Kalau kerajaan Kelantan tak cepat, Pakatan Rakyat bimbang, BN akan mendahului dalam hal ini dan kita akan ketinggalan di belakang.

Kalau ada mangsa banjir yang bertanya, katakan saja sumber kewangan BN diragui, jadi haram untuk mereka menggunakan wang itu.

Pakatan Rakyat mahu lihat kerajaan Kelantan bertindak cepat dalam hal ini.  Jangan bagi BN peluang langsung untuk membina rumah tersebut.  Dananya nanti kita cari sama-sama, tapi buat permulaan, RM 50 juta yang akan disumbangkan kerajaan persekutuan untuk beli makanan kepada mangsa banjir, boleh digunakan sebagai modal permulaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276083Total visitors:
  • Skip to toolbar