Tidak Salah Anwar Bercuti Di Luar Negara Bersama Menteri Kabinet BN

December 31, 2014 by Suara Kebenaran

Category: editor

anwar_whoLebih kurang 8.30 malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim,Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan keluarga, selamat tiba di Malaysia dari percutian di New Zealand dengan menaiki penerbangan MH130.  Sepatutnya Anwar balik hujung minggu ini, tapi pulang awal untuk menguruskan mangsa banjir yang dizalimi kerajaan BN.

Anwar juga khabarnya membawa balik beratus-ratus tan bantuan untuk mangsa banjir, sumbangan kenalan-kenalan beliau di luar negara, cuma semua bantuan tersebut tidak datang bersama pesawat yang sama, sebaliknya pesawat lain.

Tapi itu bukan fokus tulisan hari ini, fokus tulisan hari ini adalah kepulangan beliau bersama-sama dengan seorang Menteri Kabinet kerajaan Malaysia.  Dirancang atau kebetulan?  Menteri berkenaan bagaimanapun tidak kelihatan di balai ketibaan kerana dia meneruskan perjalanan ke sebuah negeri di Pantai Timur untuk tujuan membantu mangsa banjir.

Begitupun, berita kehadiran Menteri berkenaan dengan Anwar, sudah diketahui umum, mungkin bocor dari mulut kakitangan penerbangan atau penumpang lain dalam pesawat berkenaan, walaupun kedua-duanya mengunakan kelas perniagaan.

Atas sebab tertentu, aku tidak dibenarkan untuk menyentuh nama Menteri berkenaan,cuma arahannya ialah untuk menjelaskan kepda rakyat bahawa tidak salah untuk Anwar bercuti dengan mana-mana Menteri kabinet Najib.

Di pihak penyokong Pakatan Rakyat, tidak boleh kata bercuti bersama itu sebab Anwar nak mengadakan kerjasama dalam diam dengan BN.  Maklum sajalah,sejak terbocor rancangan menggunakan Jusof Kalla untuk mengadakan perjanjian sulit dengan Najib sebelum PRU13 lepas, masih ada lagi yang bersangka Anwar akan kembali masuk BN.

Tak betul tu.

Di pihak penyokong BN pula, tidak boleh kata percutian bersama itu kerana Menteri berkenaan nak masuk Pakatan Rakyat kerana kalau hanya dia seorang masuk, bukan kerajaan boleh tumbang pun kalau seorang dia berpaling tadah menyertai BN.  Soal Menteri berkenaan ada sejarah menghantar pasport ke rumah Anwar ketika beliau dibebaskan dari penjara 10 tahun lalu, itu cerita lain, tak ada kena mengena dengan sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar