Mustafa Ali Mabuk, PR Tak Sama Tanpa Anwar

January 30, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

mustafa-ali-video-sex-500x375Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali ternyata hidup dalam delusi bila menganggap Pakatan Rakyat akan lebih teguh walaupun jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Lucu bila perbandingan Mustafa Ali yang digunakan Mustafa Ali ialah dengan Barisan Alternatif (BA) yang ironinya musnah setelah PAS buat hal dengan membentangkan hudud di Terengganu pada 2003 sehingga DAP keluar.

Hari ini, PAS juga yang mahu sejarah lama itu berulang ke atas Pakatan Rakyat dengan isu sama, hudud dan ditambah dengan bantahan terhadap pilihanraya kerajaan tempatan.

Anwar perlu terus bebas untuk mempertahankan Pakatan Rakyat. Dengan PAS dalam keadaan terhuyung hayang sekarang akibat pendirian yang tidak tetap dalam pelbagai isu, penting untuk Anwar terus berada di luar untuk menjamin sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

Kalau Anwar di dalam, nasib menimpa BA dulu akan terus menimpa Pakatan Rakyat hari ini dan seterusnya memberi peluang kepada UMNO/BN untuk menguasai Negara dengan lebih kukuh lagi seperti yang mereka lakukan sebelum tsunami politik 2008 mengubah segalanya.

Dalam masa yang sama, aku melihat kenyataan Mustafa Ali ini lebih pro UMNO dari Pakatan Rakyat. Budak darjah 6 pun tahu hanya UMNO saja yang mahu lihat Anwar ke dalam dan kini bila PAS pun ada pendapat yang sama, maka apa beza lagi UMNO dan PAS?

Semua penyokong Pakatan Rakyat di Malaysia ini mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Itu adalah lebih terhormat dari singkirkan macam anjing kurap. Sejarah BA membuktikan dimana ada PAS, disitu pasti ada masalah.

Pakatan Rakyat pun sudah lama belajar untuk hidup tanpa PAS, terutama sejak krisis Menteri Besar Selangor bermula tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264271Total visitors:
  • Skip to toolbar