“Anwar Patut Datang”….

February 26, 2015 by Suara Kebenaran

Category: politik

PETALING JAYA – [VIDEO] “Kebetulan ketika saya merancang untuk mengadakan syarahan perdana ini, orang pertama yang menyatakan kesudian untuk datang ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim namun apakan daya.”

Demikian reaksi spontan Bekas Pengarah UMcedel, Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan ketika ucapan awal beliau bersempena dengan syarahan perdananya yang bertajuk ‘Merentasi Sempadan Yang Melewati Zaman, Timur Tengah, Islam dan Masyarakat Melayu’ di Universiti Malaya, hari ini.

Namun katanya, Anwar tidak memungkiri janji apabila mewakilkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah hadir bagi menggantikan tempat beliau.

“Alhamdulillah walau dalam kesibukan Wan Azizah turut hadir bagi menggantikan Anwar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Redzuan berkata, hari ini merupakan hari bersejarah beliau sepanjang 31 tahun pembabitannya dalam dunia akademik.

“Alhamdulillah saya diberikan penghormatan yang sangat besar hari ini.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun di penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar