Enggan Bertanding PRK Chempaka Bukti Kerajaan Perpaduan Sudah Bermula

February 26, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

dunn06Keputusan UMNO enggan bertanding di pilihanraya kecil DUN Chempaka yang akan diadakan berikutan kematian penyandang, the late Datuk Nik Aziz, membuktikan bahawa usaha kearah kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS, sudah bermula.

Usaha ini akan dikukuhkan lagi bila semua 12 ADUN UMNO dalam DUN Kelantan, menyokong rang undang-undang (persendirian) hudud pada 18 Mac akan datang, yang kemudiannya akan dibawa ke Parlimen dimana sekali lagi UMNO akan menyokong.

Tidak ada penjelasan lain yang lebih munasabah kenapa UMNO enggan bertanding di Chempaka, melainkan kerana kerajaan perpaduan sudah bermula.  Berbeza dengan PRK Parlimen Bukit Gelugor dimana BN turut tidak bertanding, kerusi itu adalah kerusi MCA.

Sedangkan ikut sejarahnya, UMNO tidak pernah gagal bertanding dalam pilihanraya kecil.  Ketika mantan Presiden PAS, the late  Fadhil Nor meninggal dunia pada tahun 2000 dan berlaku kekosongan di kerusi DUN Anak Bukit serta Parlimen Pendang, UMNO meletakkan calon dan akhirnya berjaya merampas Pendang.

Nak dikirakan dari keramat, lebih besar keramat Fadil Noor lagi berbanding NIk Aziz, . Semua masih ingat, burung pun menangis ketika Fadhil Nor meninggal dunia dan pesawat TUDM yang membawa mayatnya balik ke Kedah masih boleh terbang walaupun dilaporkan telah kehabisan minyak akibat kebocoran yang berlaku ketika penerbangan!!

Tapi UMNO tetap meletakkan calon dan berjaya merampas Pendang, salah satu kubu kuat PAS ketika itu.

Pakatan Rakyat sepatutnya tidak berlengah lagi dan sudah boleh memulakan proses untuk menyingkirkan PAS kerana sudah jelas, Kelantan selepas ini akan diperintah bersama-sama dengan UMNO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263328Total visitors:
  • Skip to toolbar