Perjuangan Hudud Sudah Lama

February 26, 2015 by Suara Kebenaran

Category: politik

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo supaya menggunakan saluran yang betul jika mahu membantah pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)  Kelantan 1993, bulan hadapan.
Ini kerana menurutnya, enakmen tersebut atau lebih dikenali sebagai enakmen hudud sudah lama dirancang sebelum terjalinnya gabungan PR selepas PRU 2008.
“Kami masih menekankan demokrasi dalam proses melaksanakan perkara ini yang mana ia memberikan pilihan kepada ahli parlimen untuk membentangkan, membahas, menyokong atau menolak rang undang-undang persendirian yang ingin dibawa itu.
“Gobind bolehlah menggunakan ruang demokrasi tersebut untuk menyatakan pendirian bersama Ahli Parlimen DAP yang lain tanpa perlu membangkitkan isu berkenaan kedudukan parti lain di dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan kenyataan Gobind yang berkata, Pas bukan lagi sebahagian daripada ahli komponen PR sekiranya bertegas membentangkan rang undang-undang pindaan hudud di persidangan Dun Kelantan pada 18 Mac ini.
Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong mendakwa rang undang-undang itu tidak mendapat sokongan PR yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP.
Sementara itu, menurut Mahfuz lagi, pindaan yang dicadangkan hanyalah untuk mengemaskini dan memperbaiki undang-undang tersebut terutama dari aspek teknikal yang tertentu.
“Ia belum dapat dilaksanakan sehinggalah mendapat kebenaran dan pindaan undang-undang di Parlimen. Pindaan yang bakal dibentangkan juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian ahli Parlimen (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat yang berkait dengan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan atau Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagaimana yang digemburkan oleh sesetengah pihak memandangkan tarikh pembentangannya pun belum ditetapkan lagi.
“Pas dan Kerajaan Negeri Kelantan akur dengan apa jua keputusan dan ketetapan yang akan diputuskan di Parlimen kelak sama ada menerima mahupun menolak rang undang-undang persendirian tersebut. Pas juga menghormati keputusan yang telah disepakati bersama di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang lalu,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar