Rakaman Audio Mat Sabu Tak Boleh Dijadikan Bukti

February 27, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

mole-mat-sabuTimbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) sedang berhadapan dengan siasatan jawatankuasa khas PAS atas dakwaan cuba menjatuhkan Presiden parti itu, Hadi Awang tanpa melalui muktamar dan pemilihan parti.

Satu-satunya bukti yang dijadikan asas untuk mendakwa penglibatan Mat Sabu dalam komplot menjatuhkan Hadi adalah rakaman audio yang terkandung suara miripnya.

Menariknya tentang kes ini, pertama ia sangat jarang, kedua, ia ibarat menjilat ludah semula oleh Hadi Awang kerana pernah pada satu ketika, Hadi mengatakan video (dan seumpama dengannya) tidak boleh dijadikan bukti kerana besi (boleh direka dan dibuat).

Tapi sekarang, untuk menyingkirkan Mat Sabu, Hadi mengguna pakai rakaman audio yang boleh jadi suara sesiapa pun bercakap tentang hal itu, tak semestinya Mat Sabu.

Hadi sebagai seorang yang mengaku ulama, perlu bukti yang lebih kukuh sebelum boleh menuduh Mat Sabu sebagai pemilik suara dalam rakaman tersebut. Ada banyak orang mempunyai suara yang serupa dengan Mat Sabu di Negara ini.

Sedangkan rupa pun boleh ditiru, apatah lagi suara.

Pakatan Rakyat dilaporkan telah bersetuju akan bersama-sama dengan Mat Sabu sepanjang menghadapi komplot kumpulan pro Hadi Awang untuk menyingkirkannya dari jawatan Timbalan Presiden PAS.

Kita melihat ini semua sebagai satu konspirasi politik kerana Hadi tahu, selagi Mat Sabu kekal sebagai Timbalan Presiden, jawatan Mursyidul Am yang kosong, tidak boleh diisi olehnya kerana Mat Sabu akan menjadi pemangku Presiden yang berkuasa penuh.

Maka itulah pelbagai cara dicari untuk menyingkirkan Mat Sabu, sekurang-kurangnya sehingga pemilihan PAS yang akan datang selesai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1299379Total visitors:
  • Skip to toolbar