Video Wakil Rakyat Berjudi Rekaan UMNO

February 27, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

Rakaman video, kononnya menunjukkan ADUN DAP Balakong, YB Eddie Ng sedang bermain judi yang tersebar beberapa hari sudah, dipercayai adalah satu konspirasi UMNO untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat.

Buktinya, penggunaan rakaman video oleh UMNO untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat ini bukan cerita baru, tapi taktik yang telah diulang-ulang beberapa kali.

Antaranya video Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan pelacur, video Anwar melakukan hubungan seksual dengan lelaki, rakaman seks melibatkan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan sebagainya.

Ini semua kerja UMNO walaupun kita tidak ada bukti untuk mengesahkan perkara tersebut. Tapi yakinlah bahawa UMNO adalah dalangnya, tidak syak lagi.

Eddie telah diarahkan oleh pimpinan DAP untuk tidak memberi apa-apa ulasan terhadap rakaman tersebut kerana ia sekadar memburukkan lagi keadaan, sekalipun kalau rakaman itu tidak benar.

Kalau benar sekalipun, tidak begitu memberi kesan kerana sebagai seorang bukan Islam, Eddie tidak ada halangan untuk bermain judi. Cuma kedudukkannya sebagai wakil rakyat itu sahaja yang sedikit menjadi isu.

Di Malaysia ini seakan sudah menjadi undang-undang tidak bertulis, bahawa seorang yang bergelar wakil rakyat tidak boleh melakukan apa yang rakyat biasa boleh lakukan seperti melanggan pelacur, bermain judi, minum arak dan sebagainya, terlupa bahawa wakil rakyat adalah manusia juga.

Lagipun tidak salah kalau bermain judi jika niatnya untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1299378Total visitors:
  • Skip to toolbar