Dah Kenapa Kubur Nik Aziz ‘Berkandang-Kandang’ Pulak Ni?

March 30, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

11102809_617958471638964_4917438501446784948_nSekeping gambar, di dakwa kubur bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi viral sejak pagi tadi.  Semuanya gara-gara keadaan kubor itu yang digambarkan bertutup dengan sangkar besi.

Menurut sumber PAS yang enggan dikenali, sangkar besi itu dibina di atas kubor Nik Aziz bagi mengelakkan pengikut taksubnya mengambil tanah kubur berkenaan untuk dibawa balik bagi tujuan pemujaan.  Sangkar itu bagaimanapun hanya dliletak untuk sementara waktu sahaja.

Kalau maklumat itu benar dan gambar itu asli, sungguh aku tak sangka dalam PAS rupanya ramai pemuja tanah kubur, tak pernah berlaku dalam sejarah macam ini.

Jadi sekarang tidak hairanlah kenapa banyak isu berkaitan Pakatan Rakyat seperti hudud dan pemilihan Menteri Besar Selangor yang dulu, PAS paling banyak menimbulkan masalah sebab parti tersebut dipenuhi orang yang percaya karut marut macam ini – sekalipun parti itu memperjuangkan Islam kononnya dan nak melaksanakan hudud.

Tanah kubur boleh buat apa?

Harapnya selepas ini, pengganti Nik Aziz, Haron Din dapat membetulkan masalah yang berlaku dalam parti tersebut, dalam masa yang sama Pakatan Rakyat perlu menjauhkan diri dari segala karut marut macam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276269Total visitors:
  • Skip to toolbar