GST: Bukan Semua Syarikat Kaya Macam Mydin & Al- Ikhsan

March 31, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

gst_mydinSekalipun di atas kertas, GST yang bakal terlaksana esok sudah pasti akan membebankan rakyat berikutan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, tapi masih ada lagi syarikat-syarikat yang kurang cerdik dengan mengumumkan untuk menyerap kos GST yang sepatutnya dikenakan ke atas pengguna.

Pasaraya Mydin dan syarikat pengedar barang sukan, Al-Ikhsan adalah 2 syarikat yang dimaksudkan.

Tindakan 2 syarikat ini salah kerana ia menggangu peniaga lain yang nak mengenakan GST ke atas pengguna.  Pakatan Rakyat dilaporkan menerima banyak rungutan dari kumpulan peniaga yang tidak berpuas hati dengan dua syarikat berkenaan kerana nanti, mereka juga akan terpaksa menyerap GST dan tidak mengenakan cukai tersebut kepada pengguna.

Seterusnya, menggagalkan usaha Pakatan Rakyat untuk mensabotaj GST ini.

Tapi aku nak jelaskan disini bahawa, Mydin dan Al-Ikhsan mampu menyerap GST kerana kedua-dua syarikat tersebut adalah tergolong di antara syarikat yang kaya dan berjaya. Boleh jadi juga ramai orang UMNO ada saham dalam kedua syarikat ini sehingga boleh berkembang dengan mudah

Logiknya, mana ada Melayu boleh berjaya dalam perniagaan kalau tanpa bantuan UMNO, Melayu mana tahu meniaga, kalau orang cina tu lainlah.

Selain itu, mereka ada rangkaian di seluruh negara termasuk sumber bekalan sendiri tanpa perlu bergantung kepada penggunaan orang tengah.

Bolehlah cakap besar untuk menyerap GST agar pembeli tidak terbeban dengan kenaikan harga akibat perlaksanaan cukai tersebut.  Sedangkan, ramai lagi peniaga di luar ini yang tidak ada kemampuan seperti mereka untuk menyerap GST, majoritinya peiaga cina.

Rakyat perlu memboikot kedua-dua syarikat ini kerana merekalah yang menjadikan GST ini sebagai sesuatu yang tidak membebankan rakyat bila mana cukai itu sememangnya membebankan pun kerana ia meningkatkan harga barangan sebanyak 6% berbanding 10% sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar