MP BN Undi Hudud Ikut Suara Hati

March 31, 2015 by Suara Kebenaran

Category: politik

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen BN akan mengundi mengikut pilihan atau suara hati masing-masing sama ada menyokong ataupun menolak pelaksanaan hudud di Kelantan.
Ketua Whip BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, disebabkan hudud berkaitan kepercayaan dan agama, BN tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada wakil rakyatnya untuk mengundi atas pilihan tertentu.
“Saya ingat tiada masalah bagi orang Umno (untuk sokong hudud).
“Suara hati termasuk (mengambil kira) apa yang terbaik untuk rakyat dan negara dan bukan apa yang terbaik untuk diri anda kerana anda mewakili rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya jangkaan sama ada ahli Parlimen Umno akan memberi sokongan kepada Pas supaya parti itu mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat bagi rang undang-undang persendirian yang dijangka akan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang pada 9 April.
Rang undang-undang persendirian itu dibentangkan bagi membolehkan undang-undang hudud, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dun Kelantan 19 Mac lalu, dilaksanakan.
“Apa yang penting sekarang ialah sokongan daripada parti dalam PR terhadap hasrat Pas itu. Apabila mereka sudah selesai menyatakan pendirian dan menyokong, ketika itu Umno akan bagi maklum balas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar