Lim Guan Eng Jaga Permatang Pauh Jika Wan Azizah Tidak Mampu

April 28, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

MUGSHOT azizahSebagai salah sebuah kawasan parlimen dalam negeri Penang, Permatang Pauh masih lagi terletak dibawah tanggungjjawab kerajaan negeri ang diterajui DAP/Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak perlu berada sepanjang masa di Permatang Pauh kerana kerajaan negeri akan menjaga daerah ini sepanjang masa.

Justeru, tidak timbul sebarang masalah akan kedudukan Wan Azizah sebagai ADUN Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh (sekiranya menang) kerana tanggungjawab menjaga rakyat di kawasan ini masih akan dipikul oleh kerajaan negeri.

Contohnya macam yang berlaku di Kajang.  Sementara Wan Azizah sibuk berkempen di Permatang Pauh, Dato Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengambil alih tanggungjawab menjaga Kajang sehingga kempen selesai.

Inilah semangat kerjasama yang wujud dalam Pakatan Rakyat, keadaan sama tidak berlaku dalam UMNO/BN.

Rakyat tidak perlu khuatir dengan nasib mereka sekiranya Wan Azizah menang kerana kerajaan negeri masih diterajui Pakatan Rakyat, bukan BN.

Sekalipun UMNO/BN menang disini, tidak ada apa yang akan berubah, malah masalah akan bertambah teruk kerana ahli parlimen dan kerajaan negeri tidak satu parti.

Nasib rakyat tidak akan terpelihara dengan BN mewakili kawasan Parlimen tersebut.  Maka itu rakyat tidak ada pilihan melainkan mengekalkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan 7 Mei depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar