Beli Tuala Wanita Bukti Wan Azizah Mampu Jaga P. Pauh & Kajang

April 29, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

20150428_125021Ketika ramai mempertikaikan kemampuan Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh bila beliau turut menjadi ADUN Kajang dalam masa yang sama, Presiden PKR itu membuat kejutan dengan mengajak wartawan membuat liputan beliau sedang membeli tuala wanita semasa berkempen di Permatang Pauh.

Ini adalah simbolik bahawa Wan Azizah – pada usia 63 tahun, masih sihat serta produktif, dengan itu tidak ada keraguan lagi mampu menjalankan tugas dengan sempurna sebagai ADUN Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Simboliknya macam itu, UMNO memang tidak boleh faham dan tidak hairanlah kenapa media mereka mentertawakan gambar-gambar yang menunjukkan Wan Azizah sedang membeli tuala wanita.

Kita pun tidak faham yang kelakar tentang Wan Azizah membeli tuala wanita?  Beliaukan seorang perempuan dan amat biasalah untuknya melakukan itu.  Tentang persoalan kenapa ia perlu dilakukan dihadapan kamera, mudah – untuk membuktikan beliau masih sihat dan berupaya.

Dah UMNO juga yang mempersoalkan kewajaran calon pada usia emas seperti Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh, seolah-olah tidak ada orang yang lebih muda kata mereka.  Bila tunjuk bukti bahawa Wan Azizah masih kuat (dengan membeli tuala wanita), ditertawakan pula.  UMNO memang dah gila.

Sebetulnya UMNO tersilap jika menyangkakan isu ini boleh menjejaskan peluang Wan Azizah untuk menang kerusi parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil ini.  Tidak ada satu kuasa pun dalam dunia mampu menjejaskan peluang Wan Azizah untuk menang.

UMNO hanya membuang masa wang dan tenaga sahaja dengan bertanding di kawasan ini.  Mereka tidak ada peluang langsung kerana Wan Azizah bukan setakat akan menang, malah menang dengan majoriti lebih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276267Total visitors:
  • Skip to toolbar