Rompin Bukan Kubu Kuat BN

April 29, 2015 by Suara Kebenaran

Category: politik

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas menggambarkan kerusi Parlimen Rompin bukan kubu kuat BN, walaupun BN menang dengan majoriti besar iaitu 15,114 undi pada PRU13 lalu.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, ia terbukti apabila Pas masih mampu memenangi undi majoriti di unit peti undi bandar Rompin pada PRU13.

Malah, berdasarkan perkembangan terkini, beliau tidak menolak pengundi di kerusi itu dilihat bersedia melakukan perubahan melalui PRK yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.

“Ketika mengadakan himpunan di simpang lampu isyarat utama di tengah bandar Rompin dengan GST menjadi tema utama flash mob, saya lihat sebahagian besar pemandu angkat tangan dan bunyikan hon tanda setuju. Ia sebenarnya isyarat sokongan secara halus yang mampu diterjemahkan dalam bentuk undi.

“Begitu juga ketika mengagihkan bahan kempen di Pasar Tani Bandar Rompin. Kedatangan rombongan pasukan petugas kempen Pas Terengganu yang turut disertai kontinjen Pas Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman, Besut dan Dewan Pemuda Pas Terengganu, diterima dengan baik.

“Ini semua memberikan isyarat pengundi di sini sedia untuk berubah. Tiada yang mustahil kerana politik sebenarnya adalah seni bagi segala kemungkinan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Ketua Kontinjen Pas Setiu ke Rompin itu lagi, tiada apa boleh dibanggakan terutama pembangunan di Rompin, walaupun kawasan itu tidak pernah terlepas ke tangan pembangkang.

Katanya, keadaan itu berbeza jika dibandingkan dengan bandar Pasir Puteh, Kelantan yang lebih besar dan membangun daripada Rompin.

“Sepatutnya sebagai kawasan yang enam penggal berturut-turut tidak pernah terlepas ke tangan pembangkang, mata kita akan silau dengan kehebatan pembangunan di sini, tetapi hakikatnya tidak.

“Lantas, apakah kebanggaan pemimpin dan pengundi BN atas keupayaan mereka mengekalkan penguasaan dengan penuh bergaya di Rompin, dengan wakil rakyat silih berganti sehingga sekarang? Ditambah lagi Allahyarham mantan ahli parlimen mereka adalah bekas menteri penuh kerajaan pusat,” katanya.

Oleh itu, Azman harap pengundi mampu suarakan pendirian mereka pada PRK kali ini kerana kerajaan tidak berubah sekalipun BN kalah dalam pilihan raya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar