Mahathir: Penyokong PR Berjaya Tawan USM

April 30, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

IMG-20150430-WA0003Penyokong Pakatan Rakyat berjaya menawan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memenuhi Dewan Tunku Syed Putra tempat dimana sesi ceramah bersama bekas Perdana Menteri diadakan.

Memandangkan sesi tersebut diadakan untuk para mahasiswa sahaja, maka ramai dikalangan golongan mahasiswa yang turut menjadi jentera kempen untuk Pakatan Rakyat, telah diarahkan untuk menghadiri ceramah tersebut sehingga diakhirnya kita berjaya menguasai hampir 90% dari jumlah tempat duduk yang disediakan.

Sekalipun ada cubaan dari MPP USM yang dikuasai golongan mahasiswa pro aspirasi (kerajaan) untuk menghalang penyokong Pakatan Rakyat ini dari memasuki dewan tapi gentar dengan ugutan untuk membawa perkara ini ke Mahkamah, semua yang terlibat akur dan membenarkan mereka masuk.

Tapi malangnya Tun Mahathir tidak banyak diberi kesempatan oleh moderator forum untuk bercakap tentang politik dan perang yang dilancarkannya terhadap Najib Tun Razak.

Menurut maklumat dari dalam, ramai dari kalangan mahasiswa berasa boring dan mengantuk dengan ceramah yang disampaikan Mahathir yang katanya berkisar tentang peperangan dunia, krisis Asia Barat, ekonomi dan benda-benda boring yang lain.

Kita memerlukan semua kenyataan Tun Mahathir ini untuk mengukuhkan lagi kempen pilihnaraya kecil yang sedang berlangsung di Permatang Pauh.  Tun Mahathir perlu mengulangi serangan peribadinya terhadap Najib Tun Razak, terutama yang berkisar tentang kehidupan mewah isterinya, Rosmah Mansor.

Sekalipun ia bersifat peribadi, tapi rakyat tidak peduli kerana persepsi negatif terhadap Rosmah ini telah diterap dalam pemikiran rakyat oleh Pakatan Rakyat sejak bertahun-tahun lamanya dai tidak sukar untuk mereka menerima tuduhan yang dibuat Tun Mahathir mengenai wanita pertama Malaysia itu, sekalipun tanpa bukti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar