BR1M: Bagaimana Maruah Dijual Pada Harga Murah

May 28, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

Hadi Kata BR1M Wujud Sejak Zaman FiraunHari ini lebih 4 juta penerima BR1M akan menerima bayaran dalam akaun masing-masing.  Nak diingatkan bahawa Majlis Syura Ulama Pas pernah mengeluarkan fatwa bahawa duit BR1M ini adalah haram kepada orang Islam kerana berbentuk rasuah kepada rakyat.

Orang bukan Islam juga tidak sepatutnya menerima wang ini.  Lagipun ia tidak membawa ke mati atau mampu bertahan seumur hidup.  Sekali berbelanja di pasaraya, terus habis dan dilupakan.

Sesiapa yang menerima BR1M setaraf pemakan rasuah dan tidak bermaruah.

Kerajaan kalau nak bagi wang kepada rakyat, patut bagi setiap bulan dan kepada semua golongan, bukan kepada golongan yang miskin saja.  Walaupun bukan kerja kerajaan beri wang kepada rakyat seperti gaji, tapi itulah yang wajar dilakukan – kalau nak beri.

Barulah boleh dikatakan adil serta tidak memilih bulu.

Pemberian BR1M ini jelas ditujukan kepada penyokong setia UMNO di luar bandar kerana kawasan ini yang memberi banyak kerusi Parlimen kepada UMNO/BN.

Sekalipun tidak ada jaminan bahawa penerima BR1M akan mengundi kerajaan dalam pilihanraya, tapi ia boleh memberi kesan yang besar, terutama kalau pilihanraya diadakan tak lama selepas BR1M diagihkan.

Jika itu berlaku, bagaimana Pakatan Rakyat nak bersaing secara adil dengan BN kerana kita tidak mampu memberi pemberian seperti itu kerana bukan kerajaan selain bukan polisi Pakatan Rakyat beri wang kepada rakyat.

Pakatan Rakyat kalau memerintah akan turut memberikan ‘wang’ kepada rakyat, tapi dalam bentuk penjimatan hasil subsidi yang ditambah seperti minyak dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276267Total visitors:
  • Skip to toolbar