Berita Publishing Ditutup, Inikah Punca Tun M Marah Najib?

May 29, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

berita-publishingDifahamkan syarikat Berita Publishing dimana salah seorang orang kuat Tun Mahathir (yang juga bekas boss media pada zamannya) mempunyai kepentingan, telah ditutup hari ini dan kesemua kakitangannya dibuang tanpa diberikan sebarang pampasan.

Begitupun nama orang kuat Tun Mahathir yang berkenaan tidak ada di dalam syarikat tersebut, tapi dengan menggunakan proksi dan isterinya.

Menurut maklumatnya, ada dikalangan mereka yang ditamatkan perkhidmatan, telah berkerja dengan syarikat tersebut selama lebih 40 tahun.

Dikatakan keengganan Najib membantu syarikat yang dibebani hutang yang banyak ini antara punca yang membawa kepada bermulanya kritikan Tun Mahathir ke atas Najib.  Selain itu, Tun Mahathir juga dikatakan berang kerana Najib enggan membantu syarikat Proton yang menghadapi masalah modal untuk berkembang.

Salah seorang pegawai terdekat Tun Mahathir turut mempunyai kepentingan di dalam Berita Publishing sebanyak 30% dan ini juga menjadi punca yang menaikkan darah Tun Mahathir bila Najib enggan membantu menyelamatkan syarikat tersebut.

Begitupun, yang jadi masalah kepada kita sekarang bukan kerana syarikat ini ditutup, tapi kerana ia membuktikan bahawa serangan Mahathir ke atas Najib adalah bersifat peribadi, bukan kerana berkepentingan negara seperti yang kita semua faham pada fasa awal serangan.

Rakyat sudah pasti menolak jika Tun Mahathir menyerang Najib kerana pertelingkahan peribadinya.

Pakatan Rakyat yang sekarang bersetuju membantu Tun Mahathir juga perlu melihat kembali keperluan untuk meneruskan sokongan ini kerana bimbang kita juga akan turut menjadi sasaran kemarahan rakyat yang tidak bersetuju dengan motif Tun Mahathir tersebut.

kerjasama Pakatan Rakyat dengan Tun Mahathir sudah sampai ke satu tahap dimana perbincangan melantik Menteri Kabinet  setelah pentadbiran Najib tumbang, sedang giat berjalan.

Ini yang bahaya kerana rakyat Malaysia menolak perbalahan peribadi.  Perbalahan di kalangan pemimpin politik, perlulah berkepentingan rakyat, bukan peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276267Total visitors:
  • Skip to toolbar