Hudud: Mungkin Tiga Minggu Lagi

May 29, 2015 by Suara Kebenaran

Category: politik

KUALA LUMPUR – Rang undang-undang persendirian berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) berkemungkinan akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam tempoh tiga minggu lagi.

Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Dewan Rakyat kini sedang mempertimbang untuk menyelitkan rang undang-undang tersebut pada minggu terakhir persidangan.

“Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) bagi satu indikasi kepada kita (kerajaan negeri Kelantan), beliau akan cuba supaya usul ini dibawa ke dalam peraturan mesyuarat. Speaker sedang teliti untuk beri lampu hijau kerana ini melibatkan Akta Kerajaan Persekutuan.

“Sama ada bila dan sebagainya, ia terpulang kepada Speaker. Kita harap dapat, sebab perkara ini bukan benda kontroversi dan sensitif kepada mana-mana  pihak,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam sesi Parlimen yang lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang tidak berjaya membentangkan rang undang-undang tersebut yang diletakkan di senarai terakhir peraturan mesyuarat kerana kesuntukan masa.

Dalam pada itu, Takiyuddin melahirkan keyakinan bahawa rang undang-undang itu akan mendapat sokongan majoriti mudah.

“Bagi saya majoriti mudah itu tak ada masalah kerana ini melibatkan kepentingan semua negeri. Jadi (ahli parlimen) yang bukan Islam kena sokonglah sebab kawasan mereka pun ada orang Islam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar