Pemimpin Melayu DAP ‘Jemu’ Politik Perkauman

June 29, 2015 by Caspian

Category: politik

Beberapa pemimpin Melayu dari DAP Subang membidas kenyataan ahli akademik Profesor Dr Jayum Jawan yang dilapor bahawa penyertaan orang Melayu dalam parti itu kerana mahu memperjuangkan kepimpinan dan hak orang Melayu.

Mereka menyifatkan kenyataan timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) itu sebagai “tidak tepat, semberono dan memandai-mandai”.

Sebaliknya, mereka menegaskan penglibatan mereka dalam DAP disebabkan “jemu” mendengar dan melihat politik Malaysia yang menyentuh soal perjuangan kaum tertentu, sebaliknya mereka mahu menyuburkan demokrasi dengan melibat pelbagai lapisan rakyat.

“Kami menyertai DAP bukan untuk mengangkat kepimpinan kaum kami, sebaliknya mengangkat kepimpinan rakyat. Bukan untuk perjuangkan hak kaum kami tetapi hak setiap rakyat sebagai mana yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Kami mahu lihat demokrasi subur, yang mana usaha mewujudkan negara yang lebih baik digerakkan secara bersama, dalam satu pertubuhan berbilang kaum.

“Dalam kata mudah kami lebih tertarik dengan agenda perjuangan dari rakyat untuk rakyat yang lebih inklusif and progresif,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Mereka ialah Ketua Pemuda DAP Subang Edry Faizal, naibnya Young Shefura Othman, bendahari Tarmizi Anuwar dan setiausaha publisiti Numan Saadan.

Semalam Jayum dilapor berkata kecenderungan orang Melayu menyertai DAP disebabkan mahu mencari platform baru selepas ditolak parti lain dan niat mereka untuk memperjuangkan kepimpinan dan hak Melayu.

Malah, katanya lagi, DAP kini sedang berusaha untuk memenangi hati orang Melayu sekalipun berpandangan usaha mereka masih tidak mencukupi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243451Total visitors:
  • Skip to toolbar