Progresif PAS Hadapi Kesukaran Pada PRU14

June 29, 2015 by Caspian

Category: politik

Kumpulan progresif yang disingkirkan dalam kepimpinan PAS sewaktu pemilihan lalu mungkin berdepan tempoh yang sukar pada pilihan raya umum akan datang jika mereka memutuskan untuk menubuhkan parti.

Bercakap kepada Malaysiakini, penganalisis politik Wan Saiful Wan jan berkata ini kerana kumpulan konservatif lebih banyak menguasai sokongan akar umbi berbanding parti baru itu.

“Saya rasa ia akan menjadi cabaran sengit kepada setiap orang. Kumpulan konservatif dalam PAS mempunyai sokongan akar umbi, manakala parti baru mungkin tidak mempunyai sokongan yang mencukupi, belum lagi.

“Ia bergantung kepada sejauh mana cepatnya kumpulan progresif menubuh parti baru dan bagaimana cepatnya mereka membina momentum ke arah pilihan raya umum akan datang. Tetapi kelemahan mereka akan terjadi pada jentera akar umbi,” kata Wan Saiful.

Beliau menjawab soalan berhubung peluang parti Islam baru akan melonjak lebih berbanding PAS dan Umno pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar