Anwar Akan Lancar Mogok Lapar Sehingga Dibebaskan

June 30, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

0701-Hunger-striking-Guantanamo-detainees_full_600

Kejayaan seorang tahanan palestin mendapatkan pembebasan setelah berada lebih 50 hari dalam tahanan tentera Zionis secara tidak sah semalam, dikatakan memberi idea kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjejaki langkah yang sama dalam usaha mendesak kerajaan BN untuk membebaskan beliau.

Anwar – seorang tahanan politik yang dipenjarakan kerana dakwaan palsu meliwat Saiful Bukhari secara paksa (walhal sukarela), sedang memberi pertimbangan yang serius untuk mengadakan mogok lapar tersebut pada bila-bila masa dari sekarang.

Tindakan mengadakan mogok lapar ini sudah tentu mendapat sokongan dunia dan seterusnya memberi tekanan yang maha hebat kepada kerajaan BN untuk membebaskan Anwar.  Ini kerana, sudah lebih separuh negara di dunia membenarkan perkahwinan sejenis, sedangkan di negara ini, kita masih memenjarakan pengamal hubungan sejenis (bukan berkahwin pun), sekalipun dilakukan secara sukarela.

Amerika Syarikat sendiri selaku negara termaju di dunia kelmarin baru sahaja meraikan hari bersejarah apabila kesemua 50 negeri dalam negara itu sudah membenarkan perkahwinan sejenis berikutan satu keputusan Mahkamah Agung yang membenarkan perkara tersebut.

Sebelum keputusan kelmarin, masih ada 14 negari yang menghalang perkahwinan sejenis dan keputusan ini seara langsung menjadi negara tersebut sebagai nombor satu dalam hal menyokong hak asasi manusia sepenuhnya – termasuk membenarkan perkahwinan sejenis.

Maka jangan hairanlah kenapa jika apa-apa berlaku kepada Anwar dalam tempoh mogok lapar tersebut, kerajaan BN yang memerintah Malaysia dan Najib selaku kepala negara, perlu bertanggungjawab ke atasnya dan bersedia menerima kecaman dari seluruh negara di dunia kerana kegagalan membebaskan Anwar dari sabitan mengarut ini sehingga beliau mati kelaparan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243452Total visitors:
  • Skip to toolbar