Arkib Bulan: June, 2015

Dr M: Penangkapan Justo Sangat Mencurigakan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International Ltd di Thailand sangat mencurigakan, yang menurutnya seperti satu konspirasi peringkat tinggi. Mahathir berkata beliau tidak nampak mengapa seorang pelancong ke Thailand perlu ditangkap kerana jenayah yang didakwa dilakukan di Arab Saudi tanpa sebarang permintaan ekstradisi dari kerajaan itu. “Mungkin kerana dia Read More

Tiada Ikat Jamin, Justo Akan Dibicara Di Thailand

Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang ditangkap polis Thailand pada hari Isnin kerana didakwa memeras ugut, tidak dibenarkan ikat jamin dan sedang ditahan di lokap Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan. Dia akan dibicarakan di Thailand atas tuduhan tersebut walaupun laporan sebelum ini berkata dia akan dihantar pulang. Jurucakap Polis Diraja Thailand, Ketua Leftenan Prawut Thavornsiri memberitahu Read More

Dr M: Mengapa Tidak Saman Edge Dan Sarawak Report?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa Putrajaya masih belum menyaman laman web pemberi maklumat Sarawak Report dan The Edge Media Group sekiranya laporan mereka mengenai kontroversi 1MDB adalah tidak tepat. “Jadi mengapa tak saman mereka?” tanya beliau ketika bercakap kepada pemberita selepas satu majlis di Kuala Lumpur malam ini. Beliau berkata demikian Read More

Jazlan Minta Shafee Tidak Campur Urusan PAC

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamad meminta supaya peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah supaya tidak masuk campur dengan urusan jawatankuasa itu. Nur Jazlan berkata Shafee juga tiada hak untuk meminta MP Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya meletakkan jawatannya dalam PAC kerana menjadi terlalu kritikal terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Read More

‘Keep The Change’ Memang Budaya Kita, Sindir Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nada sinis menyindir tindakan Majlis Amanah Raya (Mara) yang membayar lebihan RM13.8 juta dalam urus niaga hartanah di Melbourne, Australia. Beliau juga menyifatkan tindakan itu sebagai budaya Malaysia yang sangat bermurah hati dan sanggup membayar lebih dalam setiap urus niaga. “Yang itu kita punya budaya, bila kita Read More

Jawatankuasa Pas Terengganu Kekal

Pas Terengganu mengekalkan kepimpinan tertinggi di peringkat negeri bagi penggal 2015-2017 sebagaimana penggal lalu. Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat menyatakan, Terengganu tiada masalah dari sudut kepimpinan apabila kesemuanya disifatkan selari dan menyokong kepimpinan Pas Pusat di bawah pimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bagaimanapun, beberapa perubahan kecil berlaku di peringkat jawatan penolong setiausaha 2 Read More

Kes Mara: Jika Benar Dakwaan, Kena Segera Pecat

Pas menggesa kerajaan supaya segera membersihkan nama negara susulan kontroversi terkini membabitkan kes Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi memulihkan kepercayaan dunia kepada Malaysia. Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara Islam contoh perlu mengambil tindakan tegas dalam memastikan imej negara tidak terus tercemas dengan laporan berita antarabangsa berhubung skandal rasuah tersebut. Read More

Sarawak Report Cabar NST Buktikan Pengubahsuaian Dokumen PetroSaudi

Laman pendedah maklumat Sarawak Report mencabar akhbar New Straits Times Press (NSTP) membuktikan pengubahsuaian dokumen PetroSaudi International yang dilaporkannya dalam berita penangkapan bekas pengarah syarikat itu, Xavier Andre Justo. Menurut Sarawak Report, dokumen yang dimaksudkan NSTP dalam laporannya adalah persembahan slaid “JV Structure Steps Plan”, yang setakat ini cuma menunjukkan ia pernah dibuka Justo yang Read More

Rakyat Malaysia Terlibat Bocor Emel PetroSaudi-1MDB Boleh Diekstradisi, Kata Zahid

Beberapa rakyat Malaysia terlibat dalam dakwaan memanipulasi dokumen dan emel daripada PetroSaudi International tentang urusniaganya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam laporan The Star Online hari ini. Katanya, rakyat Malaysia tersebut boleh diekstradisi ke Bangkok di mana polis Thailand sedang menahan bekas eksekutif PetroSaudi Xavier Andre Justo Read More

Masa Depan Pakatan Selangor Dibincang Ahad Ini, Kata PKR

PAS-DAP-PKR Selangor akan mengadakan pertemuan Ahad ini bagi membincangkan masa depan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu selepas kerjasama gabungan itu diisytiharkan berakhir. Pertemuan itu merupakan inisiatif Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang mengadakan satu majlis berbuka menteri besar Selangor bersama semua wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) PR Selangor, ahli majlis,dan Read More

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243451Total visitors:
  • Skip to toolbar