Kertas Pertuduhan, Gani Diharap Tampil Perjelaskan

July 31, 2015 by Caspian

Category: politik

Ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya berharap Tan Sri Abdul Gani Patail – yang telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara (AG) Isnin lalu – tampil untuk menjelaskan mengenai draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Katanya, ia bukan bagi AG baru untuk mengesahkan perkara itu kerana Abdul Gani yang terlibat dalam siasatan pasukan petugas khas terhadap dakwaan RM2.6 bilion didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

“Ketulenan draf kertas pertuduhan mesti disahkan atau dinafikan oleh Abdul Gani sendiri,” kata Latheefa dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ini kerana Abdul Gani (gambar) yang bertanggungjawab bagi penyiasatan itu dan merupakan anggota penting dalam pasukan petugas 1MDB.

Apandi telah menafikan kertas pertuduhan itu berasal daripada Jabatan Peguam Negara dan berkata undang-undang akan dikuatkuasakan sepenuhnya terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Bagaimanapun, Latheefa berkata Apandi tidak seharusnya terburu-buru membuat kesimpulan seperti itu hanya kerana kemunculan draf kertas pertuduhan yang didakwa itu.

Latheefa juga bertanya di manakah bukti wujudnya konspirasi seumpama itu.

“Orang ramai mempunyai hak untuk menuntut jawapan mengenai 1MDB,” katanya sambil menambah itu tidak bermakna terdapat konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Demi kepentingan awam, katanya, adalah diharapkan Abdul Gani akan tampil untuk menjelaskan perkara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar