‘Najib Rasa Kabinetnya Baik, Rakyat Tidak’

July 31, 2015 by Caspian

Category: politik

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menganggap kabinet terkini yang dibentuknya baik untuk kerajaan, namun rakyat tidak berkongsi pendapat itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditemui media di Kuala Lumpur hari ini veteran Umno yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu berkata pandangan itu dibuat berdasarkan pembacaan beliau di blog serta komen umum di Facebook.

“Saya rasa perdana menteri berfikir ia adalah kabinet yang lebih baik.

“Tapi saya baca blog-blog, komen Facebook dan saya tak nampak (rakyat berfikir) begitu. Kalau kamu baca semua ini kamu akan tahu apa yang rakyat fikir,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar