Selangor Lulus Beberapa Permohonan Berkenaan Projek Langat 2

July 31, 2015 by Caspian

Category: politik

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kelulusan beberapa permohonan yang dikemukakan agensi dan pihak berkuasa tempatan antara lain melibatkan kebenaran merancang bagi projek berkenaan selain pelaksanaan kerja projek di tapak yang terlibat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2015.

Kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini meluluskan beberapa permohonan yang dikemukakan agensi dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan projek pembinaan Langat 2 berjalan lancar.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kelulusan itu antara lain melibatkan kebenaran merancang bagi projek berkenaan selain pelaksanaan kerja projek di tapak yang terlibat.

“Hari ini kita (MTES) beri kelulusan kepada beberapa permohonan yang diterima dari Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Perhutanan Negeri (melibatkan proses pembinaan Langat 2 ),” katanya kepada Bernama pada majlis rumah terbuka Aidilfitri kerajaan negeri di kediaman rasmi beliau di Shah Alam hari ini.

Langat 2 merupakan sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebelum ini dilaporkan berkata kelewatan projek loji rawatan air Langat 2 berlaku kerana kerajaan Selangor mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan semula industri air di Selangor dimuktamadkan.

Dalam perkembangan lain, Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata pengagihan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi pilihan raya negeri Sarawak perlu dibincang dengan teliti bagi mengelak berlakunya pertindihan kerusi.

Beliau berkata ia perlu dibuat dengan mengambil kira hasrat Gerakan Harapan Baharu (GHB), yang diuar-uar mahu bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen sebelum ini bahawa GHB Sarawak bersedia meletakkan calon pada pilihan raya negeri akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar