Arkib Bulan: July, 2015

Pemuda Umno Labis Mahu Najib Berehat

Pemuda Umno Labis menuntut Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti rehat sehingga siasatan berhubung skandal 1MDB diselesaikan. Ketuanya, Mohd Shahir Huddin Ali berkata tindakan itu dirasakan perlu kerana ia dapat melicinkan proses siasatan yang sedang dijalankan pihak berkenaan. Katanya, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pelantikan empat anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyertai barisan Read More

Aziz Bari Melayu Terbaru Sertai DAP

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini diumum menyertai DAP hari ini. Beliau yang sebelum ini pernah bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 di Sabak Bernam atas tiket PKR adalah tokoh Melayu terbaru menyertai parti berkenaan. Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan pernah membuat penafian akan menganggotai pertubuhan berkenaan yang selama ini dikaitkan sebagai parti Read More

Dari Pemecatan Gani Hingga Kebakaran HQ Polis

Badan antirasuah Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan siasatan 1MDB yang sedang berlangsung ibarat hidup segan mati tak mahu, atau lebih teruk lagi sudah “mati”. Dakwaan berkaitan 1MDB kini disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kura Wang Negara serta pasukan petugas khas melibatkan polis, Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara. Perkembangan terbaru menyaksikan Tan Read More

Muncul Pula Audio ‘Tangkap Najib’, Tapi MB Nafi

Selepas kebocoran video kenyataan menggemparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, muncul pula rakaman suara yang kritis kepada perdana menteri yang didakwa dibuat oleh menteri besar Negeri Sembilan. Rakaman hampir dua minit itu antaranya menyebut bahawa kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB adalah betul dan perkembangan kes itu, termasuk pendakwaan beberapa pihak, tidak logik. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Read More

Isu Muhyiddin Melegakan Pakatan Rakyat

Isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yasin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri jelas melegakan Pakatan Rakyat disaat semua tumpuan diberikan terhadap perkembangan yang berlaku didalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Diakui, polemik yang melanda kerajaan hari ini sedikit sebanyak mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat berhubung penyingkiran parti PAS dari gabungan Pakatan Rakyat. Read More

Tidak Wajar Singkir Muhyiddin Kerana 1MDB

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajar dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika kelantangannya terhadap isu 1MDB dijadikan ukuran. Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, semua pemimpin layak menyuarakan pandangan masing-masing terhadap isu berbangkit. “Situasi sekarang, rakyat tertanya-tanya kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan drastik dengan menyingkirkan Muhyiddin. Read More

Pembangkang Sokong Tubuh Kerajaan Peralihan

Pemimpin PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) menyeru semua ahli parlimen mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan. Jurucakapnya, Mohamad Sabu berkata, perlu ada satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut akibat pergolakan dalaman Umno dan kontroversi membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dihentikan serta merta untuk Read More

Umno Johor Tidak Halang Jemput Muhyiddin

Umno Johor menyeru seluruh ahli parti itu agar terus menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden parti walaupun beliau telah digugurkan dari barisan Kabinet. Pengerusinya, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya terdapat mana-mana bahagian mengundang Muhyiddin bagi merasmikan mesyuarat di peringkat bahagian masing-masing. “Diharap semua pihak terus menghormatinya dan saya tiada Read More

Muhyiddin: Sebagai Islam, Saya Tak Boleh Bohong

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan tidak pernah menyesal mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan jawatan nombor dua dalam negara. Menurutnya, sebagai pemimpin yang menggalas tanggungjawab dan amanah, beliau tidak boleh pecah amanah. “Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab dan waktu itu saya menjadi ahli Read More

Akar Umbi Mula Retak, Mesyuarat Umno Bahagian Batal Jemput Muhyiddin, Shafie

Keretakan di peringkat akar umbi Umno tidak dapat ditolak bakal berlaku, bermula dengan mesyuarat bahagian di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijemput untuk merasmikannya, kini dibatalkan. Sebaik pengumuman pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet semalam, Umno Bahagian Raub di Pahang juga membuat keputusan membatalkan perasmian yang sepatutnya dilakukan timbalan presiden parti Read More

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243451Total visitors:
  • Skip to toolbar