Bekas MB Di Hospital, Mahkamah Teruskan Kes Rayuan Rasuah Hari Ini

August 27, 2015 by Caspian

Category: politik

 Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo kini berada di Institut Jantung Negara bagi rawatan susulan. Beliau sepatutnya menerima keputusan mahkamah berhubung rayuan rasuahnya hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2015.

 

Lima hakim Mahkamah Persekutuan akan bersidang petang ini di tengah-tengah ketidaktentuan sama ada panel akan menyampaikan penghakiman berhubung rayuan rasuah bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang kini berada di hospital.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Istana Kehakiman Mohd Aizuddin Zolkeply berkata, akan terdapat prosiding memutuskan sama ada untuk menyampaikan keputusan mahkamah tertinggi itu.

“Dalam kes jenayah, hakim perlu berkumpul dan mendengar apa sahaja permohonan daripada peguam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata peguam Dr Khir masih belum berkomunikasi dengan pendaftar mahkamah.
The Malaysian Insider difahamkan sidang hakim mahu mengumumkan penghakiman tanpa menangguhkan lagi kerana seorang daripada hakim akan bersara pada November.

Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha diberi lanjutan 6 bulan selepas persaraan wajib beliau pada Mei lalu.

Panel itu diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama-sam Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Tan.

Mahkamah menangguhkan penghakiman selepas mendengar hujahan pada 19 Januari.

Dr Khir dikejarkan ke Hospital Selayang apabila rebah selepas pulang daripada berjoging di sekitar rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, pagi semalam.

Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Dr Khir, seorang doktor gigi terlatih, didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi pada Disember 2011.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan beliau dilucutkan hak harta dan menyerahkannya kepada kerajaan.

Dr Khir didakwa pada Disember 2010 atas tuduhan rasuah yang melibatkan pembelian 2 lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau dan isteri Zahrah Kechik memperoleh plot tanah dan rumah di No 8 dan 10, Jalan Suasa 7 / 1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui salah seorang pengarahnya, Shamsuddin Hayroni .

Beliau melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Dr Khir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar