Kerajaan BN Bakal Tumbang Pada 1 September?

August 27, 2015 by Caspian

Category: editor

wan azizah 1

 

Perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini akan menjadi hari terakhir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bergembira. Kenapa? Kerana pada tarikh keramat itulah rakyat Malaysia akan menyaksikan beliau meletak jawatan.

Dengan tumbangnya Najib, maka kerajaan Barisan Nasional (BN) juga akan kecundang. Nampaknya harapan ramai untuk menyaksikan keadaan ini berlaku telah menjadi kenyataan.

Dan pasti ramai akan tertanya-tanya, siapa pula akan menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri? Tiada nama yang sesuai ketika ini kecuali Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pelantikan itu pastinya akan menjadi satu sejarah kerana Wan Azizah merupakan wanita pertama yang diangkat ke jawatan tertinggi itu. Bukan mudah untuk mencapainya tetapi beliau mampu dan mengecapinya.

Beliau pun dikhabarkan sudah menempah pakaian khas untuk perlantikan berkenaan.

Siapa pula Timbalan Perdana Menteri? Mohamad Sabu akan dilantik sebagai Senator bagi memegang jawatan tersebut.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa 1 September ini akan menyaksikan perubahan besar dalam negara ini?

Seperti ramalan bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott bahawa  pentadbiran Najib akan berakhir bersama himpunan Bersih 4.0 ini apabila beliau menggunakan kekerasan untuk menangani perserta himpunan itu.

“Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan belantan polis untuk mengekalkan kekuasaannya.

“Seluruh dunia akan melihat dan akhirnya sedar siapakah (Najib) yang sebenar.

“Dan Najib akan berakhir,” demikian kata Malott yang mempunyai `pandangan’ begitu jauh dan dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada hujung minggu ini.

Pandangan Mallot itu disiarkan dalam Malaysiakini hari ini.

Mallot ini juga merupakan kawan baik Anwar dan beliaulah yang memulakan petisyen kontroversi kepada Rumah Putih berhubung penghakiman yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hubungan baik Anwar dan Mallot itu diterjemahkan menerusi sokongan tidak berbelah bagi beliau kepada Anwar dan Mallot juga tidak kisah dikatakan cuba mencampuri urusan negara orang dan mencermarkan kedaulatan Malaysia.

“Tetapi, yang pastinya, saya amat mengambil berat tentang Malaysia dan rakyat Malaysia. Ditambah pula Anwar dan keluarganya adalah kawan baik,” kata Malott seperti yang dilaporkan sebelum ini dalam Malaysiakini.

Sama-samalah kita nantikan sama ada ia akan berlaku…..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar