‘Mereka Hanya Mahasiswa, Bukan Pengganas’

August 27, 2015 by Caspian

Category: politik

Nurul Izzah Anwar

 

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengutuk tindakan pihak polis menangkap 17 mahasiswa di hadapan bangunan Parlimen kerana mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, tindakan pihak polis sama sekali tidak menghormati hak Perlembagaan yang telah termaktub dalam Artikel 10.

“….tangkapan mereka di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan adalah tidak munasabah sama sekali. Malah peguam PKR, Eric Paulsen berpendapat seksyen tersebut seharusnya dikhaskan buat pengganas bersenjata seperti di dalam kes melibatkan gerakan al-Maunah; bukan sekumpulan pelajar yang berkhemah sedang membaca bahan ilmiah tanpa senjata di luar Parlimen!

“Parlimen adalah satu simbol demokrasi rakyat dan kini pihak penguasa telah diarahkan untuk melanggar perlembagaan persekutuan di hadapan badan legislatif negara – suatu tindakan yang mencemar prinsip demokrasi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, seramai 17 aktivis mahasiswa yang ditahan‎ polis malam semalam direman hingga Jumaat ini kerana melakukan protes dengan berkhemah di luar bangunan‎ Parlimen.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Protes: 17 aktivis mahasiswa direman hingga Jumaat ]

Katanya lagi, ‎beliau percaya kesemua mahasiswa itu hanya mahukan jawapan dan kebenaran daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Nurul Izzah turut mempersoalkan demonstrasi anggota sebuah kumpulan anti Bersih di Kuala Lumpur.

“Kelmarin di pekarangan kompleks beli-belah Sogo, kumpulan anti Bersih memberi ancaman kepada bakal peserta Bersih.

“Apakah ancaman seperti ini tidak diambil berat oleh polis dan pihak berkuasa?” soalnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276080Total visitors:
  • Skip to toolbar