RM Jatuh: Makanan Penjara Pun Lagi Sedap Dari Makanan Jemaah Haji

August 27, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

20150826_194

Seorang ahli parlimen Gerakan Harapan Baru (GHB) yang sedang menunaikan ibadah haji di Mekah, mengirimkan foto di atas dimana menunjukan betapa teruknya kualiti makanan yang disediakan Tabung Haji (sebut kerajaan BN) untuk jemaah haji pada tahun ini.

Hanya dua jenis lauk – kedua-duanya sayur (disamping nasi) dan air mineral yang tidak cukup untuk membasahkan mulut pun, apatah lagi menghilangkan dahaga di negara yang mengalami suhu panas sepanjang tahun itu.

Dipercayai, penurunan ringgit Malaysia berbanding Saudi Riyal telah menyumbang kepada kemerosotan kualiti makanan pada tahun ini sehinggakan kualiti makanan penjara di Malaysia pun dipercayai lebih baik dari yang dihidangkan kepada jemaah haji Malaysia pada tahun ini.

Kita tahu ini berdasarkan maklum balas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan setiap hidangan banduan akan mengandungi satu jenis daging (lembu, ayam dan Ikan), 2 jenis sayur, disamping nasi.  Sedangkan melihat kepada gambar di atas, hanya 2 jenis sayur(salah satunya nangka), ini tidak sepatutnya berlaku.

Apa sudah jadi dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Ini adalah kali kedua Tabung Haji dipalit dengan skandal.  Kali pertama ialah ketika agensi itu membeli tanah dari syarikat yang dibebani hutang paling besar di dunia – 1MDB.  Kali ini, dek kerana penurunan nilai wang, kualiti makanan kepada jemaah haji pula yang menjadi mangsa.

Semuanya serba tidak kena untuk jemaah haji Malaysia pada tahun ini.  Makanan tidak sedap dan berkualiti tu satu hal lah, mereka juga mengalami kesukaran untuk menukar wang Malaysia di negara tersebut kerana nilai yang semakin menurun, menjadikan matawang Malaysia semakin tidak ada harganya lagi di pasaran antarabangsa.

Tabung Haji dan kerajaan perlu ingat, sekalipun rakyat hanya membayar 60% dari keseluruhan jumlah kos mengerjakan haji, kualiti makanan tidak sepatutnya dikorbankan kerana ia membabitkan kesihatan rakyat/jemaah haji.

Pakatan Rakyat 2.0 berjanji, sekiranya diberi peluang memerintah Putrajaya nanti, kami akan menanggung 90% kos haji, malah turut akan menyediakan makanan yang berkualiti untuk jemaah – tidak kira nilai matawang semasa.  Tidak ada lagi lauk bernilai murah seperti sekarang, tapi yang mewah seperti daging unta dan rusa.

Undilah parti-parti Pakatan Rakyat 2.0.

4 responses to “RM Jatuh: Makanan Penjara Pun Lagi Sedap Dari Makanan Jemaah Haji”

  1. Syed Fariz says:

    Sepatutnya tak ada isu pekara ini. Saya nampak lauknya sedap sahaja. Bersyukur dengan apa yang diberikan. Negara lain belum tentu makan seperti ini. Ingat kembali apa tujuan anda ke Mekkah? Makan atau menunaikan ibadah haji?

  2. Rizt says:

    Dude..lu banyak ckp..statment sedap rasa..lu der pikir ker org yg masak dan sediakan mkn minum untuk lu mcm mana pulak dugaannyer..lu statment bagai..lu masak pulak tengok..lu politik punya citer..simpan org pergi sana buat ibadah..banyak bersabar..tafakur…dan banyak kan zikirrulallah..bukan snap pic sana sini tunjuk yg lu pernah pergi..mana dtg eloknyer ibadah disana..tahulah lu senang dapat duit..org lain pun ader smartphone..

  3. azali mosa says:

    Artikel yg admin tulis ini adalah tidak betul dan menyentuh perasaan Chef-chef yang bertugas di Mekah.

  4. Ahmad says:

    Saya rasa komen tuan tidak mewakili sebahagian besar kami sebagai jemaah haji. Sebaliknya tuan mempamirkan pekerti buruk dan ego walau pun berada di Tanah Suci. Walau pun tuan tidak suka sekurang2nya bercakap perkara yg baik dan rasional sekurang2nya untuk menghormati Kekasih Allah saw di bumi Madinah. Cadangan tuan untuk tanggung belanja haji tu pun langsung tak masuk akal, sekadar nak popular. Tuan, elok beri tumpuan kpd ibadah dan doa untuk kesejahteraan serta perpaduan rakyat dari memberi komen yang lagho..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar