Anwar Mangsa Diskriminasi Politik Kotor

September 29, 2015 by Caspian

Category: editor

images (10)

 

Datuk Seri Anwar buat sekian kalinya menanggung kesakitan didalam penjara susulan tiada rawatan yang benar-benar diperlukan oleh beliau bagi merawat kesakitan bahu yang beliau tanggung kini.

Walaupun dikhabarkan hari ini beliau dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk pemeriksaan, namun tiada rawatan susulan diberi berikutan masa yang diperuntukkan untuk beliau terlalu singkat dan mustahil untuk beliau menerima rawatan yang terbaik.

Hal ini disampaikan oleh peguam beliau, N Surendran dan Latifah Koya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Ini memungkinkan keadaan kesihatan individu yang baru-baru ini dilantik sebagai Perdana Menteri akan datang oleh Pakatan Harapan berada dalam keadaan bahaya dengan tidak ada rawatan susulan yang benar-benar perlu untuk beliau.

Tambahan pula, rayuan dari anggota keluarga beliau yang berharap Datuk Seri Anwar diberikan rawatan terbaik langsung tidak didengari oleh kerajaan.

Sebagai seorang yang berkaliber dan berjasa terhadap pembangunan negara, beliau sewajarnya menerima rawatan yang baik. Ramai juga yang mempertikaikan, kenapa Tun Dr Mahathir boleh menerima rawatan yang baik di IJN sedangkan beliau dilihat begitu aktif menghentam kerajaan.

Keadaan sebaliknya berlaku apabila menimpa Datuk Seri Anwar. Seharusnya beliau juga wajar mendapat taraf rawatan yang diterima oleh Tun Dr Mahathir memandangkan suara beliau terpaksa didiamkan dengan menyumbat beliau ke penjara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245919Total visitors:
  • Skip to toolbar