DAP Tidak Boleh Campuri Urusan Islam

September 29, 2015 by Caspian

Category: politik

unnamed

 

Pemuda Umno Temerloh menyokong tindakan Jabatan Mufti yang tidak akan memohon maaf kepada DAP berkaitan isu khutbah Aidiladha dan pada masa sama mendesak Adun Mentakab memohon maaf kepada jabatan itu.

Ketuanya, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit berkata, tuntutan DAP supaya jabatan itu memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha yang didakwa memfitnah parti itu dilihat sebagai mencampuri urusan agama Islam.

Katanya, Pemuda Umno Temerloh menyokong penuh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman yang menegaskan khutbah adalah nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam dan bukannya bersatu dengan pihak yang mencabar dan menentang ajaran Islam seperti hukum hudud.

“Jika dilihat manifesto DAP itu sendiri tidak ada menyebut mengenai usaha mempertahankan agama rasmi iaitu agama Islam.

“Cuma yang ada disebut hanyalah berkisar ekonomi, sosial, masyarakat, hal ehwal luar negeri dan pertahanan, tidak seperti Pas dan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang sememangnya mempertahankan agama Islam,” katanya.

Azril Rizal berkata, pada pendapatnya DAP tidak boleh mencampuri urusan agama Islam di negeri Pahang mahupun Malaysia.

“Adakah kita mencampuri urusan di gereja atau anutan agama lain dan sepatutnya DAP menghormati khutbah di masjid dan tidak patut dipolitikkan.

“Tidak kiralah kaum Melayu, India atau Cina dalam DAP kerana sebenarnya parti politik tidak boleh mencampuri urusan mana-mana agama sekalipun,” katanya.

Azril Rizal berkata, sepatutnya DAP perlu memohon maaf kerana mencampuri urusan khutbah Aidiladha.

Menurutnya, Pemuda Umno Temerloh meminta supaya Adun Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memohon maaf kepada Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang.

“Kita menghormati semua penganut agama berbilang kaum tetapi apabila melampaui batas maka perlulah diambil tindakan.

“Jika DAP masih berkeras menyaman Jabatan Mufti, saya percaya ahli Pemuda Umno tidak akan berdiam dan berdiri teguh di belakang Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243453Total visitors:
  • Skip to toolbar