Pas Harap PKR Faham Kenapa Tidak Sertai

September 29, 2015 by Caspian

Category: politik

Mohd Amar Abdullah

 

Pas mengharapkan PKR memahami pendirian parti itu yang tidak mahu menyertai Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Mengulangi penegasannya sebelum ini, Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, selagi DAP dan Amanah berada dalam pakatan tersebut, hasrat untuk melihat Pas bergabung tidak akan termakbul.

“Pendirian kita jelas, selagi ada DAP dan Amanah, kami tidak dapat bersama,” katanya kepada media ketika mengulas tawaran PKR yang masih mengharapkan Pas bekerjasama dalam Pakatan Harapan biarpun sebelum ini telah bertegas untuk tidak bekerjasama dalam satu kumpulan dengan mereka.

Kenyataan Mohd Amar itu yang selari dengan keputusan pucuk pimpinan menunjukkan seolah-olah mengharapkan PKR tidak lagi terus mengharapkan Pas akan menyertai kumpulan berkenaan.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perarakan tanglung anjuran Dewan Perniagaan Cina dengan kerjasama Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah dan presiden pertubuhan, Oie Poh Choon.

Mengulas mengenai kesediaan PKR untuk menjadi jambatan kepada DAP dan Pas untuk menyelesaikan perbezaan pendapat, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, pihaknya menghormati niat murni Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.

Dalam masa yang sama, Mohd Amar menjelaskan, Pas menekankan sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan PKR.

“Hubungan PKR dengan DAP itu, kita tidak mahu masuk campur itu hak mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar