PAS Mengharapkan PKR Membantu Dalam Mengekalkan Kekuatan

September 29, 2015 by Caspian

Category: editor

images (12)

 

PAS hari ini dilihat semakin lemah berikutan kekuatan yang ditunjukkan oleh Parti Amanah Negara (PAN) pimpinan Mohamed Sabu sehingga memaksa mereka meminta PKR untuk menyokong himpunan Hijau yang bakal mereka anjurkan bulan hadapan.

Jelas PAS semakin terdesak untuk mengekalkan kekuatan mereka setelah mereka dipulaukan oleh Pakatan Harapan yang baru dibentuk oleh DAP, PKR dan PAN.

Menurut sumber dalaman Pakatan Harapan, antara punca utama Pakatan Harapan menekan PAS adalah kerana PAS dilihat boleh merosakkan imej Pakatan Harapan dengan idealogi kuno seperti hudud dan negara Islam sepenuhnya.

Dalam pada itu, PKR dilaporkan tidak akan menyertai himpunan Hijau kerana mereka bimbang pengaruh mereka akan berkurangan andai menyertai PAS dalam himpunan ini. Disamping itu PKR juga tidak mahu kehilangan sokongan DAP andai mereka cenderong menyokong himpunan PAS.

Dalam pada itu, PAS masih terkial-kial mengumpul para peserta untuk menyertai himpunan Hijau yang mereka anjurkan berikutan ramai dikalangan ahli PAS kini sudah menukar parti dari PAS ke PAN dan sebarang kekurangan penyertaan dari kalangan ahli PAS, pastinya akan memalukan PAS samada peringkat negeri mahupun pusat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243453Total visitors:
  • Skip to toolbar