Rayuan Permohonan Halang Penerbitan The Edge Ditetapkan 13 Oktober

September 29, 2015 by Caspian

Category: politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan kerajaan mengekalkan halangan penerbitan ke atas The Edge dan The Edge Financial Daily pada 13 Oktober, susulan keputusan rayuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015.

 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan kerajaan untuk mengekalkan halangan penerbitan ke atas akhbar perniagaan mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily pada 13 Oktober, susulan keputusan rayuan.

Peguam, Darryl Goon yang mewakili penerbit The Edge Communications Sdn Bhd berkata, tarikh itu ditetapkan hari ini selepas pengurusan kes di hadapan hakim Datuk Asmabi Mohamad.

Pada 21 September, hakim menolak keputusan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan kedua-dua akhbar berkenaan selama 3 bulan yang sepatutnya tamat pada 26 Oktober.

Kerajaan turut memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan Asmabi. Tiada tarikh ditetapkan buat masa ini.
Asmabi, dalam membenarkan semakan kehakiman dilakukan oleh penerbit berkata, responden (menteri) melanggar Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata, responden tidak mematuhi keadilan prosedur kerana tidak memberikan butiran lanjut mengenai penggantungan itu kepada pemohon.

Hakim berkata, menteri mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan dalam menghalang penerbitan akhbar itu selama 3 bulan.

Asmabi berkata, responden seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan arahan itu kerana ia meninggalkan kesan kepada kehidupan harian pekerja yang digaji pemohon.

Beliau berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berada “dalam keraguan” sama ada The Edge menerbitkan artikelnya dengan bergantung kepada maklumat yang didakwa tidak dipastikan kesahihannya, didapati daripada portal berita online, terutama Sarawak Report.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243452Total visitors:
  • Skip to toolbar