‘Berani Buat Beranilah Tanggung’

October 30, 2015 by Caspian

Category: politik

bendera Umno

 

Nasib tujuh pemimpin Umno yang akan dikenakan tindakan sesuai dengan kata bidalan ‘berani buat berani tanggung’.

Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata, tindakan itu dilihat satu keputusan tepat demi maruah Umno.

“Saya yakin dan percaya Lembaga Disiplin Umno telah buat keputusan tepat. Keputusan itu juga akan merujuk kepada laporan Majlis Tertinggi Umno. Laporan dibuat pastinya teliti, tidak bias dan tepat terhadap apa yang telah dibuat tujuh pemimpin Umno ini,” katanya.

Menurut Hasim, Lembaga Disiplin Umno telah melihat dan meneliti semua aspek sebelum membuat keputusan menghukum pemimpin Umno yang terlibat.

“Jangan biar cacing sampai ke mata. Pemimpin yang bertujuan melemahkan parti perlu dikenakan tindakan tegas

“Kita tunggu dan lihat, kita jangan buat spekulasi awal daripada keputusan yang dibuat Lembaga Disiplin Umno,” katanya.

Hasim berkata, pemimpin terlibat pasti tidak suka dengan tindakan yang bakal dikenakan itu tetapi ia perlu lihat kepada suara majoriti.

“Laporan daripada pelbagai pihak dan keputusan perlu dilaksanakan. Tujuh pemimpin ini telah dikenal pasti sudah lama, mereka perlu dikenakan tindakan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276083Total visitors:
  • Skip to toolbar